Saturday 14 September 2013

Kejadian, Risiko dan Impak Risiko

Malang tidak berbau. Satu pepatah lama yang tidak boleh disangkal sehingga kini. Sebagai makhluk Allah yang serba lemah, kita belum mampu untuk meramal apakah esok pagi kita mampu mencelikkan mata kembali selepas tidur semalaman dan adakah esok kita mampu makan seperti yang sedang kita lakukan semalam. Semuanya tiada jaminan apa akan berlaku pada hari esok. Yang mampu pada kita ialah berdoa dan berusaha untuk menghadapi hari esok. Segala-galanya DIA dah tentukan.

Dalam Takaful, jika anda telah memiliki atau belum memiliki apa-apa jua perlindungan Takaful anda kena faham tentang perkara ini. Takaful tidak mampu menghalang anda dari ditimpa sebarang musibah tetapi Takaful mampu menjadi salah satu cara untuk meringankan impak risiko.

Dalam setiap musibah yang berlaku akan ada 3 perkara didalamnya.

  1. Kejadian
  2. Risiko
  3. Impak Risiko
Mari kita sama-sama kaji 3 perkara diatas. Apakah kejadian, risiko dan impak risiko?

Kejadian ialah sesuatu perkara yang berlaku kepada seseorang contohnya DITEMBAK.

Risiko ialah kesan atau akibat yang berpunca dari kejadian. Jika ditembak risikonya ialah 
  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal
  • Kecederaan yang parah
Impak Risiko pula ialah kesan atau akibat yang berpunca dari Risiko. Jika dilihat dari risiko diatas maka impaknya ialah;
  • Kehilangan pendapatan
  • Tidak mampu bekerja atau berniaga lagi
  • Berhadapan dengan bil perubatan yang tinggi
Ketika inilah Takaful berfungsi sepenuhnya sebagai salah satu cara dan persediaan kita dalam menghadapi impak risiko yang berlaku akibat musibah yang melanda.







LInkWithIn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...