Friday 26 April 2013

Gimik Tali Halus

Alkisah sekumpulan gajah

Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba terhenti…

“Bagaimana satu tali halus yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tiada pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali halus di kaki… tapi mengapa mereka tidak?” bisik hati beliau…

Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri…

“Hahahha… semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka… dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka… Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali halus tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri….,” terang pelatih tersebut.

Lelaki tersebut terpegun dengan penjelasan tersebut… gajah tersebut boleh melarikan diri bila-bila masa tapi kerana mereka terfikir mereka tidak dapat memutuskan tali tersebut, gajah itu terperangkap di tempat mereka diikat…

Berapa orang antara kita yang bersifat seperti gajah – mempercayai bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu, oleh itu tidak mencuba, hanya kerana kita dibuat percaya bahawa kita akan gagal satu masa dulu?


Tali halus di kaki itu sebenarnya tiada apa-apa yang ditakutkan. Jangan jadi seperti gajah – yang tidak boleh berfikir, sehingga tuannya boleh menggunakan gimik tali halus untuk menambat gajah itu daripada bergerak.

Sebenarnya gajah itu cuma perlu melangkah ke depan sekali, gajah itu akan sedar selama ini sebenarnya ia boleh membebaskan ke dunia yang lebih luas dan tidak lagi diperangkap mindanya oleh dirinya sendiri dengan gimik tali halus

Thursday 25 April 2013

Business Opportunity Program (B.O.P) Klang

Salam kejayaan dan kekayaan
Pada 23 April 2013 (Selasa) wakil Imtiyaz Klang telah pun menganjurkan satu Seminar BOP untuk yang berminat menjadi Jutawan Industri Takaful bertempat di Bangunan AIA, Klang. Alhamdulillah, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada petang tersebut tetapi sambutan sangat memberangsangkan dari warga Klang. Sesi perkongsian pada malam itu disampaikan oleh En Hanisham Ab Halim - Exco Komunikasi Korporat, Publisiti dan Multimedia, En Muhammad Azlan M Hassan - Unit Manager untuk KL AMH dan En Wan Zaini yang merupakan Pengarah Urusan Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Perkongsian dari En Hanisham ialah berkenaan Profil Syarikat dan perkongsian dari En Azlan dan En Wan ialah berkenaan resepi kejayaan dan pengalaman mereka selama menceburi bidang Insuran dan Takaful.

 Terdiri dari Fresh Graduate dan pelbagai lapisan pekerjaan

 Tekun mendengar kupasan perkongsian pengalaman

En Azlan sedang berkongsi pengalaman beliau

Perkongsian dari Pengarah Urusan Imtiyaz, En Wan Zaini

Nothing is IMPOSSIBLE, the word itself says I'M POSSIBLE....

Saturday 20 April 2013

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. 

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Karya: Usman Awang

Monday 8 April 2013

Dia Amanah Untuk Kita

Siapa tak sayang anak... Ungkapan yang paling lazim kita dengar dari mulut Ibu dan Ayah. Anak-anak adalah amanah Allah pada kita. Seharusnya ibu bapa akan beri yang terbaik untuk anak anak. Pakaian terbaik, makanan terbaik, tempat tinggal terbaik dan juga kesihatan yang terbaik.Seusia kecil, anak akan ditatang bagai minyak yang penuh. Sepenuh kasih sayang diberi sehinggakan digigit nyamuk pun ibu dan ayah akan mencari nyamuk tersebut satu rumah.

Dalam meniti usia untuk membesar, kanak-kanak banyak terdedah dengan pelbagai risiko baik penyakit atau kecederaan. Dalam hal ini kami di AIA AFG Takaful Bhd, tampil dengan perlindungan perubatan dan tabungan pendidikan untuk anak-anak seawal 30 hari selepas kelahirannya. Mungkin nampak ianya satu pelaburan yang besar tapi percayalah, pelaburan anda pada hari ini merupakan saham yang sangat menguntungkan untuk masa depan anak-anak anda.

LInkWithIn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...