Sunday 30 December 2012

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
     
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
     
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.
Dipetik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia (JAKIM)

Saturday 29 December 2012

Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam.

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
     
  2. Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
     
  3. Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
    " ما حرم أخذه حرم إعطأوه "
    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
     
  4. Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
     
  5. Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
     
  6. Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
     
  7. Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
     
  8. Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
     
  9. Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.
Dipetik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Friday 28 December 2012

Piramid Kewangan Anda


Apa yang kita fikirkan bila melihat rajah diatas. Itulah yang dipanggil 'Financial Pyramid'. Sedarkah kita, ramai antara kita terlupa tingkat paling bawah. Ramai antara kita hanya menumpukan tingkat kedua dan ketiga pada piramid tersebut.

Dalam tingkat terbawah sekali iaitu 'Life Insuran' terdapat perlindungan Takaful yang mana ianya merangkumi asas perlindungan iaitu Manfaat Perubatan, Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Manfaat Kematian.

Tingkat kedua pula merangkumi simpanan tunai, hartanah dan simpanan pendidikan anak-anak.

Tingkat teratas pula ialah simpanan untuk hari tua dan pelaburan.

Kedudukan kewangan umpama bangunan yang bertingkat-tingkat. Setiap bangunan yang tinggi memerlukan asas yang kukuh bagi menampung segala bebanan. Tingkat pertama merupakan Tapak Asas kepada kedudukan kewangan kita. Jika kuat tapak, maka kuatlah sesuatu kedudukan kewangan tersebut. Peranan Takaful tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya pada masa kini. Selain dari menjadi salah satu cabang perniagaan yang menguntungkan dengan berlipat kali ganda, ianya mampu memberi sedikit jaminan dalam bentuk Perlindungan Kewangan yang mempunyai impak yang sangat besar. Dalam konteks ini, peranan Takaful lebih tertumpu kepada Perlindungan asas iaitu perubatan, hilang upaya kekal dan kematian.

Jika dilihat kepada 'trend' muflis sekarang ini majoriti ialah disebabkan oleh hutang Kredit Kad yang disebabkan oleh Bil Perubatan yang sangat mahal. Menyedari hakikat ini, AIA AFG Takaful Bhd (AATB) telah melancarkan Produk Medikal Kad dikenali dengan nama A-Medik yang sangat Komprehensif dan belum ada sebaiknya dipasaran terkini.


Merujuk kepada Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Manfaat Khairat Kematian pula, anda mempunyai banyak pilihan produk. AATB turut mengetengahkan beberapa Produk yang berkonsepkan simpanan bertempoh dan Perlindungan Takaful Berkaitan Pelaburan yang sangat berdaya saing dan terbaik untuk pilihan anda.

Thursday 27 December 2012

Peluang Kerjaya Bersama Kami

“Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda iaitu dalam industri insurans.”Professor di-Raja Ungku Aziz (Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia)

Bagi kebanyakkan generasi masa kini dan tuntutan sara hidup yang makin melambung-lambung, wajar rasanya setiap dari kita mempunyai saya pendapatan tambahan. Kerjaya sebagai Perunding Kewangan Takaful merupakan satu cabang perniagaan yang tidak menggunakan modal tetapi bakal memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda.

Di AIA AFG Takaful, sebagai Perunding Kewangan, ini yang bakal anda nikmati.

Tahun 1 Komisyen sehingga 35%
Tahun 2 Komisyen Pembaruan sehingga 25%
Tahun 3 Komisyen Pembaruan sehingga 15%
Tahun 4 Komisyen Pembaruan sehingga 15%
Tahun 5 Komisyen Pembaruan sehingga 10%
Tahun 6 Komisyen Pembaruan sehingga 10%

Disertai dengan 3 jenis bonus:
1) Production Bonus: 5% setiap 3 bulan.
2) Pool bonus setiap tahun
3) Persistency bonus 5%.

Bagaimana anda menjana Pendapatan yang berkonsep 'SNOW BALL'?

'Simple Mathematic Formula'


Katakan anda 'close' 1 orang dari 10 appoinment (Nisbah 10:1) dan setiap satu 'Closing' akan membawa pulang RM2000 caruman tahunan.

Maka:


 Jumlah Pendapatan anda seperti jadual dibawah.







Lumayan? Masih belum cukup? Andalah yang kami cari. Sabar. Masih ada lagi yang anda akan dapat sebagai Perunding Kewangan Takaful seperti Agent Career Benefit, Agent Provident Fund (APF), Pakej Melancong dan 'Gadjet-gadjet' terkini spt New Ipad.


Bemula pada bulan Jan 2013, setiap seorang Perunding Kewangan AIA AFG Takaful akan memperolehi 1 unit NEW IPAD setiap seorang bagi tujuan meningkatkan jumlah jualan dengan menggunakan teknologi terkini serta perisian yang sofistikated dan berdaya saing. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai Nama dan Jenama kami sememangnya sudah jauh ke hadapan dari segi Teknologi, Produk, Latihan dan Pembangunan Modal Insan.

WHY YOU BUY IF YOU CAN GET FREE!!!

Wednesday 26 December 2012

AIA wins “Most Outstanding Takaful Product” Award

KUALA LUMPUR, Oct 24 : AIA AFG Takaful Bhd.(AATB)’s medical card, A-Medik, recently won “The Most Outstanding Takaful Product” award at the 9th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF 2012). The award was presented during an award presentation ceremony organized by KLIFF 2012 on 16th October 2012 at The InterContinental Hotel, Kuala Lumpur. The KLIFF Award is mainly to honour and acknowledge the significant efforts and contributions by individuals and institutions in developing the Islamic Finance Industry. Noted for its Family Plan benefit, AATB’s A-Medik standalone Takaful medical card allows the customers to extend medical and hospitalization benefits to their spouse and a maximum of four children in one comprehensive plan. With A-Medik, customers can cover their medical and hospitalization charges when they seek treatment at AATB’s panel hospitals and help to alleviate any concern on the rising costs of hospitalization.



Commenting on the win, AATB’s Chief Executive Officer En. Wan Azman Wan Mamat said: “This recognition is justly deserved as A-Medik is indeed the best Takaful medical card in the market. And to have it endorsed by the industry as the most outstanding Takaful product is just an affirmation to the quality and innovation of AATB’s products and services.”
 “We take pride in being a family-oriented Takaful operator so all our Takaful products are designed to fulfil various protection needs of our customers and their loved ones. Aside from the Family Plan benefit, we have also included other features in A-Medik that will help our customers to get the most out of the plan, such as the “No Lifetime Limit” benefit and coverage up to age 99 years old.” He added.
Other unique selling points of A-Medik are the exemption from the normal co-Takaful cost (up to certain limit) which normally applies to other medical Takaful plans in the market. Furthermore, customers are eligible for “Daily Cash Allowance” benefit when they seek treatment at the local Government and overseas hospitals according to the terms and conditions stated in their Takaful Certificate.
Aside from the award-winning standalone medical card plan, A-Medik is also being offered as a rider that can be attached to AATB’s basic plans, A-Mas and A-Prima. The A-Medik rider is targeted for customers who want to enhance their basic protection and investment plan with medical coverage.
Beside A-Medik, AATB offers a range of other Family Takaful products – A-Mas, an investment-linked Takaful plan with in-built protection and investment benefits with the option of attaching medical card rider; A-Prima, which focuses specifically on protection benefits; A-Excel, a comprehensive Takaful endowment plan that offers protection, savings and cash benefits to certificate holders over a period of 20 years, and A-EduSmart, an education plan that offers savings and investment benefits, as well as Takaful coverage to the person covered. - Bernama

Saturday 22 December 2012

KL 63 Financial Year Gathering

Assalammualaikum w.b.t

Pertemuan pertama Unit KL63 sempena permulaan tahun baru 2013. Pertemuan ini bertempat di Kemensah Mewah dan membincangkan hala tuju atau 'Goal Setting' bagi menghadapi tahun 2013.









Monday 17 December 2012

Mukadimah

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Posting pertama dihari pertama kelahiran blog Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Penubuhan blog ini bertujuan menyedia, menyampaikan dan perkongsian info berkenaan apa itu TAKAFUL, kelebihan dan kepentingan dalam kehidupan masyarakat Malaysia umumnya dan yang beragama Islam khasnya. Seringkali pemikiran kita terlalu jumud bila dihalakan dengan perlindungan takaful.Ada yang sanggup melarikan diri bila didekati oleh agen Takaful dek kerana kejumudan tersebut.

Dalam blog ini kami akan berkongsi dengan sedalam-dalamnya apakah itu Takaful yang sering kita lari bila tau itu Takaful. Akan datang nanti kami akan kongsikan juga soalan-soalan lazim yang kerap kali ditanya dan alasan-alasan lazim yang sering digunapakai oleh orang ramai dalam mengelakkan diri dari mendapatkan Perlindungan Takaful. Nantikan posting-posting menarik dari kami......

LInkWithIn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...