Friday 28 December 2012

Piramid Kewangan Anda


Apa yang kita fikirkan bila melihat rajah diatas. Itulah yang dipanggil 'Financial Pyramid'. Sedarkah kita, ramai antara kita terlupa tingkat paling bawah. Ramai antara kita hanya menumpukan tingkat kedua dan ketiga pada piramid tersebut.

Dalam tingkat terbawah sekali iaitu 'Life Insuran' terdapat perlindungan Takaful yang mana ianya merangkumi asas perlindungan iaitu Manfaat Perubatan, Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Manfaat Kematian.

Tingkat kedua pula merangkumi simpanan tunai, hartanah dan simpanan pendidikan anak-anak.

Tingkat teratas pula ialah simpanan untuk hari tua dan pelaburan.

Kedudukan kewangan umpama bangunan yang bertingkat-tingkat. Setiap bangunan yang tinggi memerlukan asas yang kukuh bagi menampung segala bebanan. Tingkat pertama merupakan Tapak Asas kepada kedudukan kewangan kita. Jika kuat tapak, maka kuatlah sesuatu kedudukan kewangan tersebut. Peranan Takaful tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya pada masa kini. Selain dari menjadi salah satu cabang perniagaan yang menguntungkan dengan berlipat kali ganda, ianya mampu memberi sedikit jaminan dalam bentuk Perlindungan Kewangan yang mempunyai impak yang sangat besar. Dalam konteks ini, peranan Takaful lebih tertumpu kepada Perlindungan asas iaitu perubatan, hilang upaya kekal dan kematian.

Jika dilihat kepada 'trend' muflis sekarang ini majoriti ialah disebabkan oleh hutang Kredit Kad yang disebabkan oleh Bil Perubatan yang sangat mahal. Menyedari hakikat ini, AIA AFG Takaful Bhd (AATB) telah melancarkan Produk Medikal Kad dikenali dengan nama A-Medik yang sangat Komprehensif dan belum ada sebaiknya dipasaran terkini.


Merujuk kepada Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Manfaat Khairat Kematian pula, anda mempunyai banyak pilihan produk. AATB turut mengetengahkan beberapa Produk yang berkonsepkan simpanan bertempoh dan Perlindungan Takaful Berkaitan Pelaburan yang sangat berdaya saing dan terbaik untuk pilihan anda.

7 comments:

::azmina nordin:: said...

tq for sharing the info.salam perkenalan

Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd said...

Azmina,

Sama2...

Admin said...

huhu kena elakkan untuk menjadi peminjam.
kunjungan balas, salam kenal :)

Kak Mahh said...

Tq...info yang baik dikongsi.

Kak Mahh said...

tq...sharing

mazru said...

assalamualaikum bro..

blog dah link..trm kasih menjemput koi kemari.. :)

Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd said...

ahsfantasy24,
Terima kasih atas kunjungan

Kak Mah,
Sama-sama Kak Mah,

Mazru,
Terima kasih banyak2. Sangat2 koi hargai...

Post a Comment

LInkWithIn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...