MD's Note


 لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan hormat dan takzimnya, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kunjungan saudara dan saudari ke Portal Rasmi IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian saudara dan saudari untuk mengenali IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD dengan lebih dekat melalui portal ini.

Salam perjuangan khas untuk Pengurus-Pengurus serta Konsultan-Konsultan di bawah  IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD. Sesungguhnya ini adalah satu permulaan untuk kita mengapai kehidupan yang lebih bermakna dan sentiasa diiringi dengan kejayaan serta keberkatan. Bukan senang untuk kita memperolehi kejayaan, bermula dari bawah dan terus berusaha pasti kejayaan yang kita gapai begitu manis. Ini kerana kejayaan yang digapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh akan menjadi lebih manis dan sentiasa diingati.

Dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai Usahawan Kewangan Bumiputera dan berbekalkan pengalaman selama 18 tahun didalam industri “Perancang Kewangan” , maka lahirlah IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD. Portal ini diwujudkan sebagai salah satu ‘medium’ bagi menyampaikan dengan lebih jelas lagi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini serta memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali  dunia ‘Perancang Kewangan’.

IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD memilih ‘Perniagaan Perancang Kewangan’ kerana dunia sedang menyaksikan aliran besar di dalam industri ini dengan penghasilan jumlah pelaburan dan caruman yang  mencecah ratusan Juta Ringgit setiap tahun dan ianya terus berkembang terutamanya bagi Sistem Perancang Kewangan Islam. Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau Asia, ianya menunjukkan pertumbuhan perniagaan yang tinggi, dan terus berkembang tahun demi tahun meskipun semasa kegawatan ekonomi dunia.

Di sini juga kami menyediakan peluang atau platform  kejayaan kepada anda semua untuk menambah pendapatan dan peluang perniagaan. Dan ingatlah kekayaan adalah kebaikan yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada manusia dan Allah S.W.T. menyuruh manusia menjadikan kekayaan itu sebagai penyebab mencari kebaikan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,”Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah atas apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak- banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan diakhirat).” (surah al-Jumu’ah:10).

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda,” Sesungguhnya apabila kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik bagimu daripada meninggalkan mereka dalam keadaan menjadi beban bagi orang lain dan meminta-minta pada orang lain.”(HR.Bukhari)

Akhirnya , 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan-marilah kita sama-sama menerokai dan memulakan kejayaan dalam perniagaan Perancang Kewangan dengan IMTIYAZ CONSULTANCY SDN BHD.

Sekian. Terima kasih.

WAN ZAINI WAN HASSAN
Pengarah Urusan
Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd
Kuala Lumpur.Ipoh.Sg Petani.Tawau   

LInkWithIn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...