Saturday 14 September 2013

Kejadian, Risiko dan Impak Risiko

Malang tidak berbau. Satu pepatah lama yang tidak boleh disangkal sehingga kini. Sebagai makhluk Allah yang serba lemah, kita belum mampu untuk meramal apakah esok pagi kita mampu mencelikkan mata kembali selepas tidur semalaman dan adakah esok kita mampu makan seperti yang sedang kita lakukan semalam. Semuanya tiada jaminan apa akan berlaku pada hari esok. Yang mampu pada kita ialah berdoa dan berusaha untuk menghadapi hari esok. Segala-galanya DIA dah tentukan.

Dalam Takaful, jika anda telah memiliki atau belum memiliki apa-apa jua perlindungan Takaful anda kena faham tentang perkara ini. Takaful tidak mampu menghalang anda dari ditimpa sebarang musibah tetapi Takaful mampu menjadi salah satu cara untuk meringankan impak risiko.

Dalam setiap musibah yang berlaku akan ada 3 perkara didalamnya.

  1. Kejadian
  2. Risiko
  3. Impak Risiko
Mari kita sama-sama kaji 3 perkara diatas. Apakah kejadian, risiko dan impak risiko?

Kejadian ialah sesuatu perkara yang berlaku kepada seseorang contohnya DITEMBAK.

Risiko ialah kesan atau akibat yang berpunca dari kejadian. Jika ditembak risikonya ialah 
  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal
  • Kecederaan yang parah
Impak Risiko pula ialah kesan atau akibat yang berpunca dari Risiko. Jika dilihat dari risiko diatas maka impaknya ialah;
  • Kehilangan pendapatan
  • Tidak mampu bekerja atau berniaga lagi
  • Berhadapan dengan bil perubatan yang tinggi
Ketika inilah Takaful berfungsi sepenuhnya sebagai salah satu cara dan persediaan kita dalam menghadapi impak risiko yang berlaku akibat musibah yang melanda.







Thursday 18 July 2013

Imtiyaz Award Night

Salam Imtiyazian dan semua pengunjung Blog Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Sokongan anda amat kami hargai. Pada 3 Julai 2013 bertempat di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd, Taman Prima Sri Gombak telah diadakan Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan untuk Suku Tahun ke 2 yang lepas.

April & May 2013 - Star Of The Month

En Hafiz Azizi Zainudin


Jun 2013 - Star Of The Month

 En Aidi Hasman Bin Hashim


Pada majlis ini juga diadakan satu sesi memperkenalkan agen-agen baru yang telah berjaya diterima masuk untuk Program STS AIA (Special Talent Search)

 En Mohd Helmi Bin Ahmad Adnan

 En Ahmad Pairis B. Bakar

 En Luqman Hakim Bin Basir

 En Mohd Zainorhisyam Bin Samudin

 En Khairul Anuar Bin Za'aba

En Mohd Fazrin Bin Ahmad

Pada Suku Tahunan yang kedua ini juga, Imtiyaz Consultancy telah melancarkan satu insentif yang merupakan tiket perlancongan secara percuma ke Lake Toba dan Medan Indonesia. Insentif tersebut telah dimenangi oleh En Hafiz Azizi dan Puan Zanita Abdul Murad.






Dan sesuatu yang ditunggu-tunggu telah pun muncul. Pengarah Urusan Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd, En Wan Zaini Wan Hasan telah melancarkan satu insentif terbaru bagi suku tahun ke tiga 2013. Satu pakej melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.




Penutup majlis ialah Sambutan Hari Lahir dan potong kek untuk semua yang lahir pada bulan April / May dan Jun 2013.





Keseluruhannya, Alhamdulillah kerana majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran yang betul-betul memenuhkan bilik seminar Imtiyaz. Semoga berjumpa lagi dengan pemenang yang berlainan pada majlis seumpama ini di Suku Tahun ke empat 2013. InShaaAllah...




Tuesday 16 July 2013

Kini Berwajah Baru

Salam kepada semua pengunjung Blog Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd.

Bermula Jun 2013 AIA AFG Takaful telah menukar keseluruhan fungsi Medikal Kadnya. Lebih eksklusif dan tampak makin menarik. Antara kelebihan kad terbaru ini ialah:
  1. Mempunyai fungsi 'Swipe' yang mana pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk memperolehi GL dari AIA Takaful untuk proses kemasukan wad.
  2. Lebih eksklusif dan hanya untuk pelanggan terbaru sahaja.
  3. 'Cashless'
    Kad Lama

    Kad Terbaru (Depan)

     
    Kad Terbaru (Belakang)

Wednesday 3 July 2013

Kerjaya Anda Tiada Haluan?

Salam.

Ramai antara kita yang kecewa dan sedang memendam perasaan dengan kerja yang kita ada. Ada yang seronok dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara. Selama saya bekerja makan gaji selama hampir 12 tahun, ada 4 perkara yang dapat saya simpulkan. Perkara-perkara ini adalah syarikat, kerja, bos dan gaji. Sila perhatikan dengan teliti rungutan-rungutan yang telah saya lalui dan perolehi selama 12 tahun saya makan gaji.


Tepuk dada tanya selera. Di posisi mana sering kita fikirkan. Kebanyakkan antara kita sering persoalkan tentang gaji bukan. Maka jika itu yang sering kita persoalkan, tahukah anda bahawa anda perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan duit sampingan.


Kami di AIA Public Takaful Berhad, menawarkan satu peluang kepada anda menambah pendapatan sampingan tanpa perlu anda berhenti kerja. Mahukah anda jika diberi satu peluang anda mempunyai 2 pendapatan dalam satu masa. Hanya perlukan 3 bulan untuk merialisasikannya. Sesi penerangan secara PERCUMA!!!! Hubungi agen-agen berdaftar kami untuk menemui anda walau dimana anda berada atau datang terus ke Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd, Taman Prima Sri Gombak untuk pendaftaran.

Sunday 16 June 2013

Only 10 Days!!!

Assalammualaikum w.b.t

Hanya 10 hari sahaja untuk peluang memiliki tiket menonton secara 'LIVE' aksi Chelsea di Malaysia. Persaingan akan bermula pada hari esok 17 June 2013 (Isnin) sehingga 28 June 2013. Come on Imtiyazian!!!!! Kita PASTI BOLEH!!! Mari penuhkan bangku VIP dengan IMTIYAZIAN!!!!


Monday 13 May 2013

Kalau Dia Boleh, Kenapa Tidak Kita?

"Rezeki secupak BOLEH JADI segantang..." - drpd 'Pembantu Pejabat' hingga mampu memiliki empayar Perniagaan sendiri...drpd tidak pandai berniaga sehingga mampu mengendalikan ribuan pelanggan!.Kami bersedia utk berkongsi pengalaman&peluang Perniagaan




Orang Rajin Menang Lagi

 Sumber disini
Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.

Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.

(Ini hanya congakan saya sahaja dari apa yang saya tanya beliau tentang kekerapan, waktu kerja dan purata pembayaran etc)

Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).

Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.

Fikirkannya


SAIFUL NANG
Pemikir Pelik

Friday 26 April 2013

Gimik Tali Halus

Alkisah sekumpulan gajah

Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba terhenti…

“Bagaimana satu tali halus yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tiada pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali halus di kaki… tapi mengapa mereka tidak?” bisik hati beliau…

Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri…

“Hahahha… semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka… dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka… Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali halus tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri….,” terang pelatih tersebut.

Lelaki tersebut terpegun dengan penjelasan tersebut… gajah tersebut boleh melarikan diri bila-bila masa tapi kerana mereka terfikir mereka tidak dapat memutuskan tali tersebut, gajah itu terperangkap di tempat mereka diikat…

Berapa orang antara kita yang bersifat seperti gajah – mempercayai bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu, oleh itu tidak mencuba, hanya kerana kita dibuat percaya bahawa kita akan gagal satu masa dulu?


Tali halus di kaki itu sebenarnya tiada apa-apa yang ditakutkan. Jangan jadi seperti gajah – yang tidak boleh berfikir, sehingga tuannya boleh menggunakan gimik tali halus untuk menambat gajah itu daripada bergerak.

Sebenarnya gajah itu cuma perlu melangkah ke depan sekali, gajah itu akan sedar selama ini sebenarnya ia boleh membebaskan ke dunia yang lebih luas dan tidak lagi diperangkap mindanya oleh dirinya sendiri dengan gimik tali halus

Thursday 25 April 2013

Business Opportunity Program (B.O.P) Klang

Salam kejayaan dan kekayaan
Pada 23 April 2013 (Selasa) wakil Imtiyaz Klang telah pun menganjurkan satu Seminar BOP untuk yang berminat menjadi Jutawan Industri Takaful bertempat di Bangunan AIA, Klang. Alhamdulillah, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada petang tersebut tetapi sambutan sangat memberangsangkan dari warga Klang. Sesi perkongsian pada malam itu disampaikan oleh En Hanisham Ab Halim - Exco Komunikasi Korporat, Publisiti dan Multimedia, En Muhammad Azlan M Hassan - Unit Manager untuk KL AMH dan En Wan Zaini yang merupakan Pengarah Urusan Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Perkongsian dari En Hanisham ialah berkenaan Profil Syarikat dan perkongsian dari En Azlan dan En Wan ialah berkenaan resepi kejayaan dan pengalaman mereka selama menceburi bidang Insuran dan Takaful.

 Terdiri dari Fresh Graduate dan pelbagai lapisan pekerjaan

 Tekun mendengar kupasan perkongsian pengalaman

En Azlan sedang berkongsi pengalaman beliau

Perkongsian dari Pengarah Urusan Imtiyaz, En Wan Zaini

Nothing is IMPOSSIBLE, the word itself says I'M POSSIBLE....

Saturday 20 April 2013

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. 

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Karya: Usman Awang

Monday 8 April 2013

Dia Amanah Untuk Kita

Siapa tak sayang anak... Ungkapan yang paling lazim kita dengar dari mulut Ibu dan Ayah. Anak-anak adalah amanah Allah pada kita. Seharusnya ibu bapa akan beri yang terbaik untuk anak anak. Pakaian terbaik, makanan terbaik, tempat tinggal terbaik dan juga kesihatan yang terbaik.Seusia kecil, anak akan ditatang bagai minyak yang penuh. Sepenuh kasih sayang diberi sehinggakan digigit nyamuk pun ibu dan ayah akan mencari nyamuk tersebut satu rumah.

Dalam meniti usia untuk membesar, kanak-kanak banyak terdedah dengan pelbagai risiko baik penyakit atau kecederaan. Dalam hal ini kami di AIA AFG Takaful Bhd, tampil dengan perlindungan perubatan dan tabungan pendidikan untuk anak-anak seawal 30 hari selepas kelahirannya. Mungkin nampak ianya satu pelaburan yang besar tapi percayalah, pelaburan anda pada hari ini merupakan saham yang sangat menguntungkan untuk masa depan anak-anak anda.

Wednesday 16 January 2013

Apa ada difikiran kita?

Cuba renung sejenak apa yang KITA fikir jika:

Dia adalah ANAK KITA!!!

Pada ketika ini, kita sedang terlantar dirumah akibat dihinggapi salah satu penyakit kritikal. Kita tidak mampu lagi untuk bekerja dan menyara makan minum serta persekolahan dia. Seawal pagi dia keluar rumah dan bekerja untuk menyara KOS PERUBATAN kita. Jauh disudut hati, kita cukup sedih kerana tidak mampu melihat Dia bekerja untuk kita tapi segala-galanya SUDAH TERLEWAT. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Friday 4 January 2013

Kisah Pisau, Parang dan Kapak

Beliau keliru apabila saya menerangkan fungsi-fungsi instrumen pengurusan kewangan; simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dahinya berkerut menandakan sedang berfikir.


Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.

Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza

“Pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham unit. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri”, kata saya menjelaskan lagi apa yang diterangkan di awal pertemuan tadi.

“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.

Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.

“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan  mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.

Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya “Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.

“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.

“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.

“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.





Analogi Pisau, Parang dan Kapak

Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.
Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Jangka pendek,
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.
Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang.
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.
Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.

Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.

“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.

“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.

 “Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.

“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.

“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.

“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.

Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.

Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.

TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan , tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau  melabur di Tabung Haji.
Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.

Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.

Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.

Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.

Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul. Oh, saya terlupa hendak membuat analogi parang untuk menebas lalang.

Sumber: Afyan Mat Rawi

Tuesday 1 January 2013

2013 - Tahun Cemerlang

Salam. Secara rasmi 2012 telah melabuhkan tirainya tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Segala yang berlaku ditahun 2012 sudah tinggal kenangan dan sejarah untuk kita ingat dan ambil ikhtibar. Pastinya banyak pengajaran kita dapat. Bagi diri Admin, 2012 merupakan tahun pembelajaran dan tahun untuk bangun semula dari kejatuhan. Agak perit untuk bangun dalam keadaan tiada apa-apa bekalan tapi kita kena percaya dengan DIA. Seandainya 2012 merupakan tahun suram kita, jangan panik kerana kita masih ada tahun 2013.

2013 dah membuka tirai. Ramai antara kita yang mempunyai AZAM yang pelbagai. Mungkin ada yang recycle dari tahun lepas. Tapi takpe, itu bukan petanda impian dan azam anda sudah berkubur cuma kena ingat kita jangan sesekali letakkan impian kita hanya setinggi pokok rambutan. Letaklah azam dan impian kita setinggi bintang dilangit kerana jika tidak sampai ke bintang, kita masih mampu menyapa bulan.

Seandainya kita tidak mempunyai IMPIAN, kita akan berkerja sepanjang hayat untuk merealisasikan IMPIAN orang lain..

Renung-renungkan...


LInkWithIn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...