Showing posts with label AATB. Show all posts
Showing posts with label AATB. Show all posts
Monday, 13 May 2013
Kalau Dia Boleh, Kenapa Tidak Kita?
"Rezeki secupak BOLEH JADI segantang..." -
drpd 'Pembantu Pejabat' hingga mampu memiliki empayar Perniagaan
sendiri...drpd tidak pandai berniaga sehingga mampu mengendalikan ribuan
pelanggan!.Kami bersedia utk berkongsi pengalaman&peluang
Perniagaan
Orang Rajin Menang Lagi
Sumber disini
Zaheer
atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun.
Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong
rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu. Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.
(Ini hanya congakan saya sahaja dari apa yang saya tanya beliau tentang kekerapan, waktu kerja dan purata pembayaran etc)
Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).
Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900
Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.
Fikirkannya
SAIFUL NANG
Pemikir Pelik
Saturday, 20 April 2013
Melayu
Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Karya: Usman Awang
Wednesday, 16 January 2013
Apa ada difikiran kita?
Cuba renung sejenak apa yang KITA fikir jika:
Dia adalah ANAK KITA!!!
Pada ketika ini, kita sedang terlantar dirumah akibat dihinggapi salah satu penyakit kritikal. Kita tidak mampu lagi untuk bekerja dan menyara makan minum serta persekolahan dia. Seawal pagi dia keluar rumah dan bekerja untuk menyara KOS PERUBATAN kita. Jauh disudut hati, kita cukup sedih kerana tidak mampu melihat Dia bekerja untuk kita tapi segala-galanya SUDAH TERLEWAT. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Saturday, 5 January 2013
Tips Pengurusan Kewangan
Jom tonton video ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menguruskan kewangan kita dengan lebih bijak.
Friday, 4 January 2013
Kisah Pisau, Parang dan Kapak
Beliau keliru apabila saya menerangkan fungsi-fungsi instrumen
pengurusan kewangan; simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dahinya
berkerut menandakan sedang berfikir.
Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.
“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.
Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.
“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.
Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya “Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.
“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.
“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.
“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.
Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.
Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.
Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.
“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.
“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
“Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.
“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.
“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.
“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.
Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.
Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh
menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan ,
tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank
atau melabur di Tabung Haji.
Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.
Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.
Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.
Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.
Sumber: Afyan Mat Rawi
Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.
Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza
“Pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham unit. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri”, kata saya menjelaskan lagi apa yang diterangkan di awal pertemuan tadi.“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.
Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.
“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.
Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya “Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.
“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.
“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.
Analogi Pisau, Parang dan Kapak
Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan dan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:
- Jangka pendek,
- Jangka sederhana, dan
- Jangka panjang.
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.
Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.
“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.
“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
“Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.
“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.
“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.
“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.
Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.
TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham
Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh
menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan ,
tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank
atau melabur di Tabung Haji.Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.
Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.
Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.
Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.
Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul. Oh, saya terlupa hendak membuat analogi parang untuk menebas lalang.
Sumber: Afyan Mat Rawi
Tuesday, 1 January 2013
2013 - Tahun Cemerlang
Salam. Secara rasmi 2012 telah melabuhkan tirainya tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Segala yang berlaku ditahun 2012 sudah tinggal kenangan dan sejarah untuk kita ingat dan ambil ikhtibar. Pastinya banyak pengajaran kita dapat. Bagi diri Admin, 2012 merupakan tahun pembelajaran dan tahun untuk bangun semula dari kejatuhan. Agak perit untuk bangun dalam keadaan tiada apa-apa bekalan tapi kita kena percaya dengan DIA. Seandainya 2012 merupakan tahun suram kita, jangan panik kerana kita masih ada tahun 2013.2013 dah membuka tirai. Ramai antara kita yang mempunyai AZAM yang pelbagai. Mungkin ada yang recycle dari tahun lepas. Tapi takpe, itu bukan petanda impian dan azam anda sudah berkubur cuma kena ingat kita jangan sesekali letakkan impian kita hanya setinggi pokok rambutan. Letaklah azam dan impian kita setinggi bintang dilangit kerana jika tidak sampai ke bintang, kita masih mampu menyapa bulan.
Seandainya kita tidak mempunyai IMPIAN, kita akan berkerja sepanjang hayat untuk merealisasikan IMPIAN orang lain..
Renung-renungkan...
Sunday, 30 December 2012
Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah
membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas
Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
-
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah
suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
-
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
-
Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
- Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.
Saturday, 29 December 2012
Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah
membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah
memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah
bertepatan dengan syariat Islam.
Dipetik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009
telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional
Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful
berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan
umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam.
Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang
mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem
riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam
proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah
dimaafkan.
Keterangan/Hujah:
-
Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya
mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh
syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
-
Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja,
bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan
harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan
bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi
secara terus dengan kontrak riba.
-
Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang
pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba
adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada
laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman
pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor
ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
" ما حرم أخذه حرم إعطأوه "Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
-
Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara
haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada
orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada
perbuatan yang diharamkan.
-
Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen
sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang
telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith
Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan
dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat
pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW
bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks
ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan
secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan
beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut
tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
-
Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim
itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba,
pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh
Allah itu.
-
Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa
ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional
berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang
berlandaskan syariah.
-
Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah
yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup
manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain
menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
- Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.
Thursday, 27 December 2012
Peluang Kerjaya Bersama Kami
“Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang
tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda
iaitu dalam industri insurans.” - Professor di-Raja Ungku Aziz (Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia)
Bagi kebanyakkan generasi masa kini dan tuntutan sara hidup yang makin melambung-lambung, wajar rasanya setiap dari kita mempunyai saya pendapatan tambahan. Kerjaya sebagai Perunding Kewangan Takaful merupakan satu cabang perniagaan yang tidak menggunakan modal tetapi bakal memperolehi pendapatan yang berlipat kali ganda.
Di AIA AFG Takaful, sebagai Perunding Kewangan, ini yang bakal anda nikmati.
Tahun 1 Komisyen sehingga 35%
Tahun 2 Komisyen Pembaruan sehingga 25%
Tahun 3 Komisyen Pembaruan sehingga 15%
Tahun 4 Komisyen Pembaruan sehingga 15%
Tahun 5 Komisyen Pembaruan sehingga 10%
Tahun 6 Komisyen Pembaruan sehingga 10%
Disertai dengan 3 jenis bonus:
1) Production Bonus: 5% setiap 3 bulan.
2) Pool bonus setiap tahun
3) Persistency bonus 5%.
Bagaimana anda menjana Pendapatan yang berkonsep 'SNOW BALL'?
'Simple Mathematic Formula'

Katakan anda 'close' 1 orang dari 10 appoinment (Nisbah 10:1) dan setiap satu 'Closing' akan membawa pulang RM2000 caruman tahunan.
Maka:
Jumlah Pendapatan anda seperti jadual dibawah.
Lumayan? Masih belum cukup? Andalah yang kami cari. Sabar. Masih ada lagi yang anda akan dapat sebagai Perunding Kewangan Takaful seperti Agent Career Benefit, Agent Provident Fund (APF), Pakej Melancong dan 'Gadjet-gadjet' terkini spt New Ipad.
Bemula pada bulan Jan 2013, setiap seorang Perunding Kewangan AIA AFG Takaful akan memperolehi 1 unit NEW IPAD setiap seorang bagi tujuan meningkatkan jumlah jualan dengan menggunakan teknologi terkini serta perisian yang sofistikated dan berdaya saing. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai Nama dan Jenama kami sememangnya sudah jauh ke hadapan dari segi Teknologi, Produk, Latihan dan Pembangunan Modal Insan.
WHY YOU BUY IF YOU CAN GET FREE!!!
Wednesday, 26 December 2012
AIA wins “Most Outstanding Takaful Product” Award
KUALA LUMPUR, Oct 24 : AIA AFG Takaful Bhd.(AATB)’s medical card, A-Medik, recently won “The Most Outstanding Takaful Product” award at the 9th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF 2012). The award was presented during an award presentation ceremony organized by KLIFF 2012 on 16th October 2012 at The InterContinental Hotel, Kuala Lumpur. The KLIFF Award is mainly to honour and acknowledge the significant efforts and contributions by individuals and institutions in developing the Islamic Finance Industry.
Noted for its Family Plan benefit, AATB’s A-Medik standalone Takaful medical card allows the customers to extend medical and hospitalization benefits to their spouse and a maximum of four children in one comprehensive plan. With A-Medik, customers can cover their medical and hospitalization charges when they seek treatment at AATB’s panel hospitals and help to alleviate any concern on the rising costs of hospitalization.
Commenting
on the win, AATB’s Chief Executive Officer En. Wan Azman Wan Mamat
said: “This recognition is justly deserved as A-Medik is indeed the best
Takaful medical card in the market. And to have it endorsed by the
industry as the most outstanding Takaful product is just an affirmation
to the quality and innovation of AATB’s products and services.”
“We take
pride in being a family-oriented Takaful operator so all our Takaful
products are designed to fulfil various protection needs of our
customers and their loved ones. Aside from the Family Plan benefit, we
have also included other features in A-Medik that will help our
customers to get the most out of the plan, such as the “No Lifetime
Limit” benefit and coverage up to age 99 years old.” He added.
Other
unique selling points of A-Medik are the exemption from the normal
co-Takaful cost (up to certain limit) which normally applies to other
medical Takaful plans in the market. Furthermore, customers are eligible
for “Daily Cash Allowance” benefit when they seek treatment at the
local Government and overseas hospitals according to the terms and
conditions stated in their Takaful Certificate.
Aside from
the award-winning standalone medical card plan, A-Medik is also being
offered as a rider that can be attached to AATB’s basic plans, A-Mas and
A-Prima. The A-Medik rider is targeted for customers who want to
enhance their basic protection and investment plan with medical
coverage.
Beside
A-Medik, AATB offers a range of other Family Takaful products – A-Mas,
an investment-linked Takaful plan with in-built protection and
investment benefits with the option of attaching medical card rider;
A-Prima, which focuses specifically on protection benefits; A-Excel, a
comprehensive Takaful endowment plan that offers protection, savings and
cash benefits to certificate holders over a period of 20 years, and
A-EduSmart, an education plan that offers savings and investment
benefits, as well as Takaful coverage to the person covered. - Bernama
Monday, 17 December 2012
Mukadimah
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Posting pertama dihari pertama kelahiran blog Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Penubuhan blog ini bertujuan menyedia, menyampaikan dan perkongsian info berkenaan apa itu TAKAFUL, kelebihan dan kepentingan dalam kehidupan masyarakat Malaysia umumnya dan yang beragama Islam khasnya. Seringkali pemikiran kita terlalu jumud bila dihalakan dengan perlindungan takaful.Ada yang sanggup melarikan diri bila didekati oleh agen Takaful dek kerana kejumudan tersebut.Dalam blog ini kami akan berkongsi dengan sedalam-dalamnya apakah itu Takaful yang sering kita lari bila tau itu Takaful. Akan datang nanti kami akan kongsikan juga soalan-soalan lazim yang kerap kali ditanya dan alasan-alasan lazim yang sering digunapakai oleh orang ramai dalam mengelakkan diri dari mendapatkan Perlindungan Takaful. Nantikan posting-posting menarik dari kami......