Assalammualaikum w.b.t
Hanya 10 hari sahaja untuk peluang memiliki tiket menonton secara 'LIVE' aksi Chelsea di Malaysia. Persaingan akan bermula pada hari esok 17 June 2013 (Isnin) sehingga 28 June 2013. Come on Imtiyazian!!!!! Kita PASTI BOLEH!!! Mari penuhkan bangku VIP dengan IMTIYAZIAN!!!!
Sunday, 16 June 2013
Monday, 13 May 2013
Kalau Dia Boleh, Kenapa Tidak Kita?
"Rezeki secupak BOLEH JADI segantang..." -
drpd 'Pembantu Pejabat' hingga mampu memiliki empayar Perniagaan
sendiri...drpd tidak pandai berniaga sehingga mampu mengendalikan ribuan
pelanggan!.Kami bersedia utk berkongsi pengalaman&peluang
Perniagaan
Orang Rajin Menang Lagi
Sumber disini
Zaheer
atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun.
Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong
rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu. Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.
(Ini hanya congakan saya sahaja dari apa yang saya tanya beliau tentang kekerapan, waktu kerja dan purata pembayaran etc)
Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).
Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900
Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.
Fikirkannya
SAIFUL NANG
Pemikir Pelik
Friday, 26 April 2013
Gimik Tali Halus
Alkisah sekumpulan gajahSeorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba terhenti…
“Bagaimana satu tali halus yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tiada pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali halus di kaki… tapi mengapa mereka tidak?” bisik hati beliau…
Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri…
“Hahahha… semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka… dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka… Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali halus tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri….,” terang pelatih tersebut.
Lelaki tersebut terpegun dengan penjelasan tersebut… gajah tersebut boleh melarikan diri bila-bila masa tapi kerana mereka terfikir mereka tidak dapat memutuskan tali tersebut, gajah itu terperangkap di tempat mereka diikat…
Berapa orang antara kita yang bersifat seperti gajah – mempercayai bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu, oleh itu tidak mencuba, hanya kerana kita dibuat percaya bahawa kita akan gagal satu masa dulu?
Tali halus di kaki itu sebenarnya tiada apa-apa yang ditakutkan. Jangan jadi seperti gajah – yang tidak boleh berfikir, sehingga tuannya boleh menggunakan gimik tali halus untuk menambat gajah itu daripada bergerak.
Sebenarnya gajah itu cuma perlu melangkah ke depan sekali, gajah itu akan sedar selama ini sebenarnya ia boleh membebaskan ke dunia yang lebih luas dan tidak lagi diperangkap mindanya oleh dirinya sendiri dengan gimik tali halus
Thursday, 25 April 2013
Business Opportunity Program (B.O.P) Klang
Salam kejayaan dan kekayaan
Pada 23 April 2013 (Selasa) wakil Imtiyaz Klang telah pun menganjurkan satu Seminar BOP untuk yang berminat menjadi Jutawan Industri Takaful bertempat di Bangunan AIA, Klang. Alhamdulillah, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada petang tersebut tetapi sambutan sangat memberangsangkan dari warga Klang. Sesi perkongsian pada malam itu disampaikan oleh En Hanisham Ab Halim - Exco Komunikasi Korporat, Publisiti dan Multimedia, En Muhammad Azlan M Hassan - Unit Manager untuk KL AMH dan En Wan Zaini yang merupakan Pengarah Urusan Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd. Perkongsian dari En Hanisham ialah berkenaan Profil Syarikat dan perkongsian dari En Azlan dan En Wan ialah berkenaan resepi kejayaan dan pengalaman mereka selama menceburi bidang Insuran dan Takaful.
Terdiri dari Fresh Graduate dan pelbagai lapisan pekerjaan
Tekun mendengar kupasan perkongsian pengalaman
En Azlan sedang berkongsi pengalaman beliau
Perkongsian dari Pengarah Urusan Imtiyaz, En Wan Zaini
Nothing is IMPOSSIBLE, the word itself says I'M POSSIBLE....




